Dua maut, pesawat ringan bertembung di Arizona

Keadaan lokasi dua pesawat ringan bertembung di Arizona, AS. Foto Agensi
Keadaan lokasi dua pesawat ringan bertembung di Arizona, AS. Foto Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya dua orang disahkan maut selepas dua pesawat ringan bertembung pada Rabu di Lapangan Terbang Wilayah Marana di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Sebuah pesawat Cessna 172S dan Lancair 360 MK II bertembung ketika berada di laluan menaik Landasan 12 pada Rabu pagi, menurut maklumat awal daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS.

Menurut Jabatan Polis Marana, kedua-dua pesawat berkenaan adalah pesawat ringan bersayap tetap dengan enjin tunggal.

Cessna itu mendarat tanpa sebarang insiden manakala Lancair terhempas berhampiran landasan lain dan terbakar selepas impak, menurut NTSB.

Jabatan Polis Marana kini berada di lokasi kejadian di lapangan terbang berkenaan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!