Kes tembak di Setia Alam: Ah Boy rancang samun kedai emas

Suspek tembak di Setia Alam dipercayai merancang melakukan samun kedai emas.
Suspek tembak di Setia Alam dipercayai merancang melakukan samun kedai emas.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Suspek yang melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lalu dipercayai merancang melakukan samun kedai emas di lokasi terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan, suspek dikenali sebagai Ah Boy membuat persiapan membuat jenayah di mana-mana premis dalam pusat beli belah itu.

Menurutnya, tukang cuci warga asing berusia lingkungan 30-an yang cedera ditembak merupakan mangsa keadaan.

Hussein ketika mengadakan sidang akhbar di Jeti Pulau Ketam, Klang pada Selasa.
Hussein ketika mengadakan sidang akhbar di Jeti Pulau Ketam, Klang pada Selasa.

"Ada benda yang mengganggu (rancangan) sehingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan secara rambang yang mengenai tukang cuci serta cermin pusat beli belah.

"Daripada persiapan, kita percaya suspek ada rancang menyamun kedai emas dan mana-mana premis di situ," katanya pada sidang akhbar di Jeti Pulau Ketam di sini pada Selasa.

Terdahulu, Hussein memaklumkan, suspek berusia lingkungan pertengahan 30-an mati selepas berbalas tembak dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam, Klang, kira-kira jam 3 pagi pada Selasa.

Siasatan polis mendapati, suspek memiliki 15 rekod jenayah dan dadah selain dikehendaki atas pelbagai kes termasuk pengedaran dadah.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden 8 Februari lalu, Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam menerima maklumat kejadian pada jam 10.50 malam.

Suspek melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli-belah ketika berada di aras P1.

Mangsa yang cedera di punggung dan kaki menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam pusat beli-belah manakala suspek melarikan diri ke aras P2.

Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa dan mengacukan pistol sebelum mengarahkan untuk membawanya keluar dan turun di tepi lebuh raya lalu menghilangkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!