Sultan Pahang titah aspek kebersihan diberikan keutamaan

Al-Sultan Abdullah beramah mesra dengan pelancong semasa berangkat meninjau sekitar Bazar Kea Farm, Cameron Highlands, pada Ahad. Foto Facebook Kesultanan Pahang
Al-Sultan Abdullah beramah mesra dengan pelancong semasa berangkat meninjau sekitar Bazar Kea Farm, Cameron Highlands, pada Ahad. Foto Facebook Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar aspek kebersihan perlu diberi keutamaan oleh semua pihak terutama peniaga, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke kawasan peranginan seperti Cameron Highlands.

Baginda bertitah, hal berkaitan dengan kebersihan amat perlu dan mesti dititikberatkan, dengan memastikan setiap makanan yang dijual dalam keadaan baik dan tidak tercemar.

"Makanan perlu ditutup. Bukan itu sahaja, kawasan persekitaran termasuk longkang perlu sentiasa dibersihkan. Sediakan tong sampah yang mencukupi,” titah baginda yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, pada Isnin.

Baginda turut sama menyelami masalah dan rungutan daripada peniaga di destinasi pelancongan tanah tinggi terkenal itu. Foto Facebook Kesultanan Pahang
Baginda turut sama menyelami masalah dan rungutan daripada peniaga di destinasi pelancongan tanah tinggi terkenal itu. Foto Facebook Kesultanan Pahang

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berangkat meninjau sekitar Bazar Kea Farm, Cameron Highlands, pada Ahad.

Sepanjang lawatan itu juga, baginda turut sama menyelami masalah dan rungutan daripada rakyat serta peniaga di destinasi pelancongan tanah tinggi terkenal itu.

Selain itu, baginda turut beramah mesra dengan pengunjung termasuk pelancong asing serta berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada kanak-kanak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!