'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas

KUANTAN - "Kejam dan tidak berperikemanusiaan," demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh, Norshamira Zainal, 37 di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Jumaat.
Menurut kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang, baginda mahu suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat kepada suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis.
Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Jenazah Norshamira dituntut keluarga kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Keratong 9, Rompin untuk dikebumikan.

@sinarharianonline "Kejam dan tidak berperikemanusiaan," demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh, Norshamira Zainal, 37 di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada Jumaat. Menurut kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang, baginda mahu suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal jika disabitkan atas kesalahan membunuh. #SinarHarian #SinarTerkini #SultanPahang
Khusnul Khotimah - Opick
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!