Bersatu Kedah tunggu perkembangan terkini

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Barisan pimpinan Bersatu Kedah sedang menanti perkembangan terkini daripada pengerusi parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir susulan pengumuman parti itu keluar daripada Pakatan Harapan hari ini.

Ketua Srikandi Bersatu Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah melepasi majoriti mudah selepas Bersatu tidak lagi bersama PH.

"Sekiranya Bersatu bergabung dengan Pas dan UMNO, kita sudah mempunyai 23 kerusi. Bagaimanapun, kita perlu menanti perkembangan gabungan parti baharu berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Halimaton Shaadiah yang juga Exco kerajaan negeri Kedah berkata, beliau masih menjalankan tugasnya seperti biasa hari ini walaupun politik negara sedang bergolak.

"Terdapat banyak program yang telah kita rancang sejak dari awal lagi. Lagipun semalam Mukhriz (Menteri Besar Kedah) melalui grup WhatsApp turut menasihati barisan Exco agar bertenang dan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR

Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO

Untuk rekod, Bersatu mempunyai enam kerusi di Kedah, Amanah (4), DAP (2),BN (2) PKR ( 7) dan Pas (15).