X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

Anwar tiba di ibu pejabat parti di Merchant Square bagi mempengerusikan Mesyuarat MPP.
A
A

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Anwar berkata, menerusi pertemuan itu, beliau bersama Perdana Menteri membincangkan beberapa perkara dan turut bersetuju bagi mengutamakan prinsip untuk meneruskan agenda perubahan.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak dapat memberi pendedahan lanjut berhubung pertemuan berkenaan.

"Saya tak boleh sebut apa, memadai kita jelas setakat itu, mesyuarat yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas tiba di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square bagi mengikuti Mesyuarat MPP, sebentar tadi.

Selain itu, Anwar turut menggesa semua pihak agar tidak mudah tunduk kepada kumpulan yang ingin mengkhianati amanah rakyat dalam Pilihanraya Umum 14 (PRU14) lalu.

"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam PRU14 yang lalu," katanya.

Semalam, satu mesyuarat berlangsung serentak melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Bersatu, Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi penubuhan Pakatan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO

Pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baharu politik yang diperkatakan itu.

Malam tadi, Anwar dilapor mengakui dikhianati oleh rakan PH.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan Dr Mahathir berhak menentukan tarikh transisi peralihan kuasa kepada Anwar.