Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR

Presiden PKR, Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Beliau sebelum itu telah berada di kediaman peribadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Difahamkan ketika ini, pemimpin PKR dan DAP mulai berkumpul bagi menghadiri mesyuarat masing-masing susulan perkembangan politik tanah air dipercayai ada kaitan dengan pemerintahan negara.

PKR mengadakan mesyuaratnya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di sini.

Naib Presiden PKR Fuziah Saleh, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul antara yang dilihat tiba untuk mesyuarat parti itu.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga sudah tiba di Pudu, lokasi ibu pejabat parti itu.

Para pemimpin utama kedua-dua parti, ahli Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan pusat sekarang masih belum kelihatan setakat 12 tengah hari.

Setakat 12 tengah hari, difahamkan mesyuarat kedua-dua parti itu masih belum bermula lagi.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO