'Sokong Dr Mahathir jadi PM kelapan'

Mohd Redzuan ketika memasuki kawasan kediaman rasmi Dr Mahathir di Seri Kembangan.
Mohd Redzuan ketika memasuki kawasan kediaman rasmi Dr Mahathir di Seri Kembangan.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Saya datang sini untuk sokong Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk jadi Perdana Menteri kelapan, demikian respons Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan ditemui media ketika ingin memasuki kediaman peribadi Dr Mahathir di The Mines Residents di sini hari ini.

Ketika ini katanya, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan.

"Tun sudah pun meletak jawatan dan kita juga ikut Perlembagaan (umum keluar Pakatan Harapan).

"Sekarang ini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kita juga menyokong Tun M," katanya.

Terdahulu, barisan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula memasuki kediaman Dr Mahathir seawal jam 2 petang untuk hadiri pertemuan tertutup.

Ia susulan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri sebentar tadi.

Ketika ini, Dr Mahathir berada di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan pergolakan politik tanah air ketika ini.

Artikel Berkaitan: