Lelaki ditemui mati berlumuran darah dalam longkang

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah longkang di Kawasan Perindustrian Silibin di sini pada Isnin.
Mayat mangsa tanpa identiti itu dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh selepas menerima panggilan pada jam 8.38 pagi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan berdarah di bahagian kepala semasa anggota tiba di lokasi kejadian.
"Kedalaman longkang dianggarkan tiga meter dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia,'' katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!