4 lelaki dihukum mati hina Nabi Muhammad, al-Quran

ISLAMABAD - Mahkamah di Pakistan menjatuhkan hukuman mati terhadap empat lelaki atas tuduhan memuat naik kandungan menghina agama dalam talian, kata seorang peguam pendakwaan pada Isnin.
“Mereka dijatuhi hukuman mati kerana menyebarkan kandungan yang menghina Nabi Muhammad dan al-Quran secara dalam talian,” ujar peguam pakistan, Rao Abdur Raheem.
Raheem menambah bahawa kes tersebut disokong oleh bukti forensik daripada peranti yang digunakan dalam perbuatan tersebut.
Keempat-empat lelaki tersebut dijatuhi hukuman di Rawalpindi, sebuah bandar garison bersebelahan ibu kota Islamabad.
Kes penghinaan sering menjadi isu yang sangat sensitif di Pakistan, sebuah negara majoriti Muslim, di mana tuduhan tidak berasas sekalipun mampu mencetuskan kemarahan awam dan membawa kepada kejadian pembunuhan beramai-ramai.
Pakistan menyaksikan peningkatan mendadak dalam pendakwaan kes penghinaan dalam talian, dengan kumpulan bertindak sendiri membawa ratusan tuduhan terhadap individu atas dakwaan melakukan penghinaan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

