Anwar, Wan Azizah selesai mengadap Agong

Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan Istana Negara kira-kira 2.40 petang tadi. Foto: Bernama
Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan Istana Negara kira-kira 2.40 petang tadi. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama hampir 45 minit.

Kedua-dua pemimpin yang menaiki kereta Proton Perdana secara berasingan itu memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 2.30 petang sebelum keluar pada jam 3.15 petang.

Difahamkan Anwar dan Wan Azizah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi politik selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebentar tadi.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan surat peletakan itu dihantar kepada Yang di- Pertuan Agong pada jam 1 petang.

Dr Mahathir dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR

Wan Azizah kini berada di PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO