PDRM terus pantau perkembangan politik negara: KPN

 Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah air di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini.

Beliau berkata, semua pihak dan orang ramai perlu menghayati dan menghormati sepenuhnya proses demokrasi negara ini.

"Ini adalah untuk memastikan agar hak pelbagai kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan dijaga sebaik-baiknya.

"Keamanan serta ketenteraman dalam negara amat penting dipelihara setiap masa," katanya kepada Bernama hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Ditanya mengenai keadaan keselamatan negara ketika ini, beliau berkata, setakat ini keadaan seluruh negara aman dan tenteram.

Artikel Berkaitan:

"PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan ketenteraman, Insya-ALLAH," katanya. - Bernama