Bufet Ramadan Legenda Rasa gabung cita rasa moden, tradisional

KLANG - Wyndham Acmar Klang mempersembahkan Bufet Ramadan 2025 bertemakan "Legenda Rasa: Taste of Heritage" di hotel berkenaan bagi menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi.
Lebih meriah apabila pelancaran buffet Ramadan itu turut dihadiri isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhammad.
Pihak pengurusan hotel dalam kenyataan memaklumkan, hidangan disajikan menggabungkan cita rasa tradisional dan moden, diinspirasikan daripada kisah-kisah agung Nusantara seperti epik pahlawan Melayu Hang Tuah dan Hang Jebat, serta keagungan Kesultanan Melayu.

"Antara hidangan istimewa termasuk Gulai Itik Buah Kedondong, Gulai Tongkol Rebah Bangun, Masak Lemak Tempoyak Ulam Racik, Gulai Kawah Tetel Nusantara, Kambing Golek Sumbat Nasi Kabsah, dan Sup Huru Hara.
"Harga promosi early bird ditawarkan pada RM118 untuk dewasa berbanding harga asal RM158. Warga emas berusia 55 tahun ke atas menikmati harga RM88, manakala kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dikenakan RM78," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Wyndham Acmar Klang turut memaklumkan, kemudahan seperti surau yang selesa, imam khas untuk solat Tarawih, dan kaunter zakat turut disediakan untuk keselesaan tetamu.
Bufet ini berlangsung dari 2 hingga 30 Mac 2025, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10 malam dan maklumat lanjut serta tempahan boleh melayari laman Instagram rasmi mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!