Dinding dicemari ludah sisa sirih warga asing

Sebahagian pekerja kilang warga asing yang menggunakan kawasan rumah untuk ke asrama pekerja mereka. Dinding bangunan yang dicemari ludah sireh warga asing (bawah).
Sebahagian pekerja kilang warga asing yang menggunakan kawasan rumah untuk ke asrama pekerja mereka. Dinding bangunan yang dicemari ludah sireh warga asing (bawah).
A
A
A

MELAKA - Kotor dan menjijikkan. Itulah yang dapat digambarkan di dinding rumah Pangsa Murni Ayer Keroh, di sini yang dicemari dengan ludah sisa sirih warga asing.

Tinjauan Sinar Harian mendapati bukan sahaja keadaan sekitar yang bersepah dengan sampah-sarap seperti botol minuman, kotak rokok dan plastik, malah kawasan permainan kanak-kanak jadi lokasi warga asing melepak.

Beberapa warga asing yang melepak di kawasan permainan kanak-kanak.
Beberapa warga asing yang melepak di kawasan permainan kanak-kanak.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Melur yang bersebelahan rumah pangsa itu, Ibrahim Kasim, 62, berkata, meskipun bangunan rumah pangsa berkenaan tidak berdepan dengan isu kebersihan, namun mereka berkongsi taman permainan yang sama.

Ibrahim
Ibrahim

"Penduduk juga telah mendirikan papan pemberitahuan bahawa taman ini khusus untuk kanak-kanak, namun mereka tidak dihiraukan.

"Ada dalam kalangan warga asing yang degil dan kurang ajar," katanya.

Beliau berkata, dianggarkan lebih 300 warga asing seperti Nepal, Bangladesh, Myanmar dan India menghuni rumah pangsa berkenaan yang kebiasaan mereka akan berkumpul beramai-ramai di taman permainan pada hari Sabtu dan Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Malah rumah pangsa itu juga menjadi laluan utama bagi warga asing yang bekerja kilang di kawasan Perindustrian Ayer Keroh untuk pulang ke asrama pekerja yang terletak di kawasan berhampiran.

"Mereka ini tak makan saman, walaupun beberapa kali ditegur, namun tidak menghiraukannya.

"Bukan sahaja keadaan yang kotor, namun menimbulkan gangguan kerana ada yang mabuk dan bergaduh," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Katanya, telah beberapa kali mengajukan permasalahan itu kepada pihak berkaitan termasuk wakil rakyat, namun belum menemui jalan penyelesaian.

Baru-baru ini tular video memaparkan warga asing yang melepak di kawasan taman permainan tanpa rasa bersalah sehingga menghalang kanak-kanak bermain terutama pada waktu petang.

Chee Yee
Chee Yee

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, berkata, beliau mengambil maklum tentang video tular itu mengenai keadaan kotor di kediaman berkenaan.

Menurutnya, kediaman tersebut berhampiran dengan kawasan perindustrian Ayer Keroh dan menjadi pilihan oleh kebanyakan majikan sebagai tempat tinggal bagi pekerja warga asing.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pengurusan pangsa tersebut, hampir satu per tiga daripada 90 unit di dalam bangunan itu dihuni oleh pekerja asing.

"Isu penempatan pekerja asing menjadi satu cabaran sejak puluhan tahun yang lalu dan memerlukan solusi yang bersifat jangka masa panjang.

Papan tanda yang didirikan pihak pengurusan rumah pangsa yang tidak membenarkan warga asing berada di kawasan permainan kanak-kanak.
Papan tanda yang didirikan pihak pengurusan rumah pangsa yang tidak membenarkan warga asing berada di kawasan permainan kanak-kanak.

"Difahamkan dalam tempoh dua bulan yang akan datang, sekurang-kurangnya 10 unit yang sekarang dihuni oleh pekerja asing akan dikosongkan," katanya.

Tambahnya, menyokong usaha kerajaan negeri dalam penstrukturan semula tempat tinggal bagi pekerja asing seperti penubuhan CLQ.

"Saya berharap ini mampu mencapai keseimbangan antara pembangunan sektor perindustrian dan kesejahteraan dalam kalangan komuniti DUN Ayer Keroh," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!