SPRM tahan timbalan pengurus kanan disyaki minta rasuah

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman. Foto hiasan
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Timbalan pengurus kanan di sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 48 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 8 malam, Khamis.

Difahamkan, suspek telah menggunakan kuasanya dengan meminta wang rasuah daripada pemilik perniagaan yang berurusan di terminal feri di Johor bagi memastikan perniagaan dan operasi syarikat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!