Malaysia, Uzbekistan perlu tingkat perdagangan, pelaburan termasuk industri halal

MALAYSIA dan Uzbekistan perlu memperluas perdagangan serta pelaburan dengan memberi tumpuan kepada industri halal dan pendidikan.
Di samping itu, kedua-dua negara tersebut juga perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau, kenderaan elektrik, kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga.
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapannya pada Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Kuala Lumpur sempena lawatan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia baru-baru ini.
“Mesti ada laporan yang dikemukakan kepada kita setiap bulan (mengenai perkara ini). Ini hanya boleh berlaku apabila kita mempercayai satu sama lain.
“Ini hanya boleh berlaku apabila kita melihat kedua-dua negara mempunyai kekuatan dan rasa hormat antara satu sama lain,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!