X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada sebarang perjumpaan di Pejabat PM

Rumah Dr Mahathir dikawal oleh anggota keselamatan.
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putra Perdana, Putrajaya.

Sumber mengesahkan Dr Mahathir tidak memasuki pejabatnya hari ini.

Difahamkan Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dalam perjalanan ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Terdahulu, kenderaan rasmi ketiga-tiga pemimpin itu memasuki Putra Perdana sekitar jam 9 pagi kemudiannya meninggalkan bangunan itu jam 10.25 pagi.

Sementara itu, petugas media mula berkampung seawal jam 7 pagi di sekitar bangunan Putra Perdana selepas khabar angin mengatakan pertemuan diadakan di lokasi tersebut.

Pertemuan itu dijangka berkisar kepada perkembangan terkini politik tanah air.

Semalam, satu mesyuarat berlangsung serentak melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi penubuhan Pakatan Nasional.

Pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baru politik yang diperkatakan itu.

Malam tadi, Anwar dilapor mengakui dikhianati oleh rakan Pakatan Harapan (PH).

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan Dr Mahathir berhak menentukan tarikh transisi peralihan kuasa kepada Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus