'Baby Aisy akan ke syurga, semoga dia tarik kami ke sana' - Zaquan Adha

Jenazah anak bongsu pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini pagi Rabu.
Jenazah anak bongsu pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini pagi Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - "Saya dan isteri cakap, adik akan ke syurga. Insya-ALLAH dia akan tarik kita semua".

Demikian kongsi Zaquan Adha ditanya bagaimana keadaan anak-anaknya yang lain berhubung pemergian Muhammad Aisy Al Rees pada Selasa.

Menurutnya, mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku dan masih bertanya ke mana adik pergi.

"Sampai hari ini pun mereka tanya 'baby' Aisy nak pergi mana. Saya bawa mereka (anak-anak) ke sini kerana nak mereka tengok sendiri," katanya ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said.

Zakuan menyiram air ke pusara anaknya.
Zakuan menyiram air ke pusara anaknya.

Selain itu, dia memohon doa orang ramai supaya dia dan isteri dikuatkan hati menerima pemergian terbabit.

Pada masa sama bekas pemain bola sepak kebangsaan itu meminta ruang kepada semua pihak kerana masih terkejut atas apa yang berlaku.

"Saya minta doa dari semua supaya saya dan isteri kuat. Kami anak ramai, setiap anak ada bahagian masing-masing.

"Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami. Terima kasih pada semua orang yang bagi sokongan daripada dapat berita sampai ke hari ini. Terima kasih banyak-banyak, tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tambahnya, sebelum kejadian itu, bayi terbabit berada dalam keadaan sangat sihat.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu banyak berkongsi cerita dan mahu ia menjadi privasi keluarga.

Biarlah ia jadi privasi untuk keluarga saya, isteri dan anak- anak. Cuma saya bersyukur apa yang jadi ada hikmah disebaliknya.

"Saya tak mungkin akan kongsikan pada semua orang, mungkin baru lagi dan kami pun masih dalam keadaan terkejut.

"Bayi pun dalam keadaan yang sihat dan sangat-sangat sihat dan baik. Dalam keadaan sekarang ini kami masih sangat terkejut, bagi ruang untuk kami," katanya.

Sementara itu Ayu Raudhah berkata, anak bongsunya itu disifatkan anak yang mudah dijaga.

"Dia memang baik luar biasa. Setiap saat dia bersama saya, adalah kenangan terindah. Dia hanya pinjaman dan bila-bila masa boleh diambil," katanya

Anak bongsu kepada pasangan selebriti terbabit selamat dikebumikan pada jam 9.30 pagi.

Turut kelihatan di tanah perkuburan adalah pelakon Che Ta dan suaminya Zain Saidin, Lan Pet Pet, jurulatih bola sepak, Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan serta beberapa pemain bola sepak.

Sebelum ini, bayi terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur di rumahnya, jam 1 tengah hari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!