Che Ta minta beri ruang kepada Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Kenyataan Che Ta di akaun Insta Story miliknya.
Kenyataan Che Ta di akaun Insta Story miliknya.
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Rozita Che Wan meminta semua pihak termasuk wartawan memberi ruang sewajarnya kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang kehilangan anak ketujuh mereka pada jam 1 tengah hari tadi.

Ujar Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, dia sudah pun memberi kenyataan kepada rakannya, Zaidi atau Jaydee untuk dikongsikan kepada rakan media.

“Mohon semua wartawan bagi ruang kepada Ayu Raudhah dan Zaquan.

"Tolong fahami situasi yang sangat-sangat sedih ini, cukuplah kami dah bagi kenyataan kepada Jaydee. Tak perlulah datang dan terjah. Terima kasih dan memahami situasi kami saat ini," katanya menerusi perkongsian di Insta Story miliknya.

Sebelum itu, berita pemergian Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan yang berusia 6 bulan, petang Selasa dikongsi bapanya yang juga pemain bola sepak, Zaquan Adha menerusi Instagram miliknya.

Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos lalu. Selain Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam lagi cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam berusia setahun.

Terdahulu Che Ta turut meluahkan pemergian Aisy Al Rees sememangnya amat memberi kesan kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab.

“Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!