Armada Bersatu tak boleh lagi jadi kucing Parsi

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

MERAK Jalanan rasa masa manja dan merangkak bagi Armada Bersatu sudah berlalu kerana sayap pergerakan parti itu sudah menginjak lebih dua tahun.

Kepimpinan Armada dan seluruh ahlinya perlu sedar bahawa standard mereka sebagai barisan hadapan parti itu cukup jauh jika dibandingkan dengan platform pemuda parti lain hatta gerakan muda daripada Amanah sendiri.

Ramai membawang dengan Merak Jalanan, mereka cakap nama Armada tak kena dengan maksud sebenar perkataan itu. Armada terlalu rapuh sendu dan tidak gah.

Malah ada beberapa orang ahli Armada sendiri mengadu pada Merak Jalanan, mereka mahu Armada berubah. Jadi gagah, kuat dan ‘garang’.

Mereka inginkan Armada berubah daripada jolokan si kucing Parsi bertukar menjadi si harimau berantai. Biar nampak perkasa, handal dan berkeyakinan tinggi bak pahlawan dalam armada perang zaman Kesultanan Melaka.

Merak Jalanan hanya senyum. Tak mahu komen cuma Merak Jalanan boleh jadi pendengar yang baik sahaja. Cuma Merak Jalanan nasihatkan kepada ahli-ahli Armada itu, itu parti hangpa... hangpa semua boleh buat perubahan sendiri. Jangan takut kalau mahu berubah kepada lebih baik.

Bagi Merak Jalanan, pendapat secara profesional ialah aktivis sesebuah sayap dalam parti perlu jadi hulubalang, benteng pertama dan gagah perkasa untuk mempertahankan maruah parti serta kelangsungan perjuangan.

Jika barisan depan lemah bagaimana mahu bertahan cukup lama dalam perang politik yang kadangkala cukup ganas?

Artikel Berkaitan:

Kalau ada kemampuan dan pilihan untuk ubah... ubahlah. Ini kerana “ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Rad, ayat 11).

Keinginan dan pilihan terletak di tangan kita. Manfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan jemaah.