Buruh binaan dituduh amang seksual

Mohamad Aiman Afham (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Isnin. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID
Mohamad Aiman Afham (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Isnin. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun dengan meliwat mangsa.

Tertuduh, Mohamad Aiman Afham Zainal A’abidin, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap gadis terbabit di kawasan hutan di Mengkebang, Kuala Krai pada jam 7.30 malam, 9 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminannya dikurangkan.

Zulkifli kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan 10 Mac depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!