Pengarah Yadim Terengganu meninggal dunia

Allahyarham Nasrul Hadi
Allahyarham Nasrul Hadi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan dipercayai akibat serangan jantung.

Penolong Pengarahnya, Ali Azfar Khairul Faiz berkata, Allahyarham Nasrul Hadi Saidi, 48, menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut kira-kira jam 7.15 malam pada Ahad.

Menurutnya, sebelum itu, Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari bercuti di kampung halaman di Kedah menuju ke Besut, Terengganu.

"Difahamkan, mereka pulang ke Terengganu hari ini (Ahad) kerana Allahyarham mahu menghadiri satu program di Pulau Perhentian, esok (Isnin).

"Bagaimanapun, isteri Allahyarham menghubungi kami lewat petang tadi memberitahu suaminya tiba-tiba pengsan ketika berada dalam kereta yang dipandunya dan terus dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Tidak lama selepas itu sekitar Maghrib tadi kami dimaklumkan bahwa Allahyarham telah meninggal dunia, " katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut Ali Azfar, setakat ini jenazah masih berada di Hospital Tanah Merah dan lokasi pengebumian sedang dibincangkan bersama ahli keluarga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!