Penunggang motosikal maut kemalangan

Lokasi kemalangan berkenaan. - Foto BBP Pontian
Lokasi kemalangan berkenaan. - Foto BBP Pontian
A
A
A

PONTIAN - Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang pemandu kereta mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kukup Penerok, di sini, pada Sabtu.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Dzulkhan Iskandar, pihaknya menerima panggilan kecemaasan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 12.02 tengah hari.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Wanter Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta lapan anggota telah dihantar ke lokasi.

“Sebaik PKO tiba di lokasi pada jam 12.20 tengah hari, didapati kemalangan berkenaan melibatkan kereta jenis Toyota Corolla dan motosikal jenis Kawasaki.

“Penunggang motosikal disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi sementara pemandu kereta pula berada dalam keadaan tersepit.

“PKO segera menjalan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas rescue tools bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut, sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkna kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!