Penunggang motosikal maut angkara kereta tukar lorong

Penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong dalam kejadian di kilometer 235.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini pada Ahad.
Penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong dalam kejadian di kilometer 235.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini pada Ahad.
A
A
A

REMBAU - Penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong dalam kejadian di kilometer 235.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa, 36 tahun, parah di kepala dan disahkan maut di lokasi.

Menurutnya, kejadian pada jam 11.35 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda Fame ditunggang mangsa dan sebuah kereta Honda City.

Penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong dalam kejadian di kilometer 235.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini pada Ahad.
Penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong dalam kejadian di kilometer 235.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini pada Ahad.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta Honda City dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di lokasi pemandunya merasakan keretanya sedang menghadapi masalah dan mahu berhenti di lorong kecemasan untuk mendapatkan bantuan dari pihak Plus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, ketika sedang bergerak dari lorong kiri untuk ke lorong kecemasan, tiba-tiba motosikal mangsa yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang kereta tersebut.

"Akibat kemalangan itu, penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut oleh paramedik yang tiba di lokasi, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau, untuk tujuan bedah siasat. Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!