Helikopter terbakar: BSKU selesai lakukan siasatan

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bersama Juruterbang Kustiadi (dua dari kiri) dan
kakitangan syarikat pemilik helikopter jenis Bell 206L4 yang terbakar selepas hilang kawalan ketika melakukan pendaratan berada di lokasi kejadian untuk meneruskan lagi siasatan punca nahas itu pada Jumaat.
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bersama Juruterbang Kustiadi (dua dari kiri) dan kakitangan syarikat pemilik helikopter jenis Bell 206L4 yang terbakar selepas hilang kawalan ketika melakukan pendaratan berada di lokasi kejadian untuk meneruskan lagi siasatan punca nahas itu pada Jumaat.
A
A
A

BENTONG - Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) selesai melakukan siasatan di lokasi kejadian insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, BSKU memasuki lokasi kejadian kira-kira jam 10.30 pagi dan selesai jam 3.30 petang pada Jumaat.

Menurutnya, perkembangan hasil siasatan akan dikeluarkan secara rasmi oleh BSKU.

"Bagi bangkai pesawat pula, pihak polis dan BSKU telah menyerahkan kepada Malaysian Helicopter Services Aviation (MHS) untuk tindakan lanjut pihak mereka," katanya.

Sebelum itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Khamis memaklumkan BSKU akan melakukan siasatan lanjut mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sementara itu, Zaiham memberitahu, proses bedah siasat mayat mangsa iaitu jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, juga selesai kira-kira jam 3 petang.

Jelasnya, proses pengecaman telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa pada jam 3.30 petang dan punca kematian disebabkan akibat terkena libasan bilah kipas pesawat susulan kejadian helikopter terhempas itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.26 pagi itu, sebuah helikopter Bell 206L4, nombor pendaftaran PK-ZUV, dilaporkan mengalami kemalangan di tapak pendaratan helikopter ketika sedang menjalankan penerbangan kerja udara.

Juruterbang helikopter terbabit yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!