BSKU lakukan siasatan di lokasi helikopter terhempas

Zaiham dalam sidang akhbar lokasi nahas helikopter di Bentong, pada Khamis.
Zaiham dalam sidang akhbar lokasi nahas helikopter di Bentong, pada Khamis.
A
A
A

BENTONG - Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian nahas helikopter di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah selesai di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa juga telah dihantar ke Hospital Bentong.

"Proses bedah siasat akan dilakukan pada jam 11 pagi, esok (Jumaat).

"Tadi kira-kira jam 4 petang, BSKU telah tiba di lokasi kejadian untuk kenal pasti punca sebenar kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini pada Khamis.

Kesan kebakaran pada sebuah helikopter yang terhempas dalam kejadian di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, Bentong pada Khamis.
Kesan kebakaran pada sebuah helikopter yang terhempas dalam kejadian di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, Bentong pada Khamis.

Beliau berkata, pihak polis juga akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia bagi memaklumkan status dua mangsa membabitkan warga negara itu.

Tambahnya, polis telah mengambil keterangan mangsa juruterbang terbabit.

"Juruterbang ini tidak mengalami kecederaan serius selepas diselamatkan seorang pengawal keselamatan yang bergegas menariknya keluar daripada helikopter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, helikopter pengangkut jenis Bell 206L4 Long Ranger, dilaporkan terhempas pada ketinggian kira-kira 0.9 meter selepas melakukan penerbangan dari tapak projek TNB sejauh 16 kilometer.

Juruterbang dikenali sebagai Kustiyadi, 44, manakala jurutera yang terkorban atau marshall pendaratan dikenali Finsen Resky Sembiring, 27.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!