Ops Sky: SPRM kesan modus operandi baharu, promosi syarikat untuk labur semula

Azam (tiga dari kanan) pada sidang akhbar sempena membentangkan pencapaian tahun 2024 sektor pencegahan dan pengurusan SPRM di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Azam (tiga dari kanan) pada sidang akhbar sempena membentangkan pencapaian tahun 2024 sektor pencegahan dan pengurusan SPRM di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan satu lagi modus operandi terbaharu Ops Sky iaitu menggalakkan peminjam untuk mempromosi syarikat berkenaan untuk melabur semula.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia satu lagi perkara yang perlu dilihat sama ada mungkin berlaku satu lagi kesalahan syarikat berkenaan yang dipanggil 'illegal deposit taking'.

"Selain syarikat ini memudahkan pinjaman kepada mereka, berlaku juga satu lagi modus operandi baharu yang mana peminjam ini yang kebanyakan terdiri daripada pegawai kerajaan.

"Pegawai kerajaan ini digalakkan untuk mempromosikan syarikat berkenaan untuk pelaburan semula dalam syarikat berkenaan," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Tambah Azam, siasatan boleh dijalankan walaupun ia bukan dibawah kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Untuk makluman semua kita boleh meluluskan dibawah akta kami dan melakukan siasatan selanjutnya," ujarnya.

SPRM baru-baru ini menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan satu orang awam dan kesemua mereka telah dilepaskan daripada reman dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Azam memberitahu, kehadiran tiga selebriti ke SPRM hanya untuk membantu siasatan sahaja dan tiada sebarang tindakan termasuk pembekuan akaun mereka.

"Kita tidak beku akaun mereka, hanya akaun syarikat berkenaan bernilai 18 juta dibekukan. Dalam hal ini mereka hanya pempengaruh, jadi buat masa ini saya berpandangan mereka ini adalah sebagai pempengaruh syarikat.

"Namun demikian kenapa perlu panggil mereka, bukan sahaja untuk lengkapkan siasatan tetapi mahu lihat kenapa syarikat berkenaan dapat gunakan selebriti bagi promosi pakej itu.

"Sekiranya begitu banyak pelaburan dibuat untuk bayar selebriti berkenaan, ini menimbulkan kemusyikilan dripada pengawai penyiasat," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!