Polis tahan lelaki mengamuk dipercayai guna bahan terlarang

Amukan seorang lelaki dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan terlarang akhirnya membawa padah apabila ditahan di sekitar perkampungan Batu 3, Jalan Apas, di sini pada tengah malam Khamis. Foto hiasan
Amukan seorang lelaki dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan terlarang akhirnya membawa padah apabila ditahan di sekitar perkampungan Batu 3, Jalan Apas, di sini pada tengah malam Khamis. Foto hiasan
A
A
A

TAWAU - Amukan seorang lelaki dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan terlarang akhirnya membawa padah apabila ditahan di sekitar perkampungan Batu 3, Jalan Apas, di sini pada tengah malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, lelaki warga asing berusia 23 tahun ditahan di rumahnya selepas menerima maklumat daripada ahli keluarga mengenai perlakuan suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu lelaki berusia 39 tahun yang menyatakan adik iparnya bertindak agresif.

"Suspek dimaklumkan mengancam keselamatan ahli keluarganya dan mengamuk dengan memecahkan peralatan di dalam rumah sehingga berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa yang sedang berusaha menenangkannya.

"Sebaik menerima maklumat dari pusat kawalan daerah, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, suspek berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingin berlaku," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, suspek kemudian di bawan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak kami sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!