Manusia makin gila, cipta sukan penampar muka

Dari pertandingan kecil ke liga profesional, slap fighting semakin mendapat tempat. Foto Reuters
Dari pertandingan kecil ke liga profesional, slap fighting semakin mendapat tempat. Foto Reuters
A
A
A

MAKIN bertambah sukan pelik-pelik dianjurkan untuk menarik perhatian penonton seterusnya menjana wang yang banyak kepada pihak penganjur.

Paling menghairankan Merak Jalanan ialah sukan penampar muka atau slap fighting yang mana ‘sukan’ yang kerjanya hanya menampar muka lawan.

Satu pertandingan di mana peserta berdiri bertentangan, menggilirkan tamparan sekuat hati ke pipi lawan tanpa sebarang pertahanan. Siapa yang masih berdiri selepas beberapa pusingan, dialah juara.

Dari Rusia ke Amerika Syarikat, dari pertandingan kecil ke liga profesional, slap fighting semakin mendapat tempat.

Malah, Dana White, orang kuat UFC, telah membawa sukan itu ke pentas lebih besar menerusi liga Power Slap.

Hadiah wang tunai pula amat menggiurkan hingga ratusan ribu dolar menyebabkan ramai sanggup membiarkan muka ditampar dengan penuh pasrah.

Pernah juga Merak Jalanan perhatikan, mangsa yang ditampar KO dan hasil ulang tayang secara perlahan memang menakutkan kerana risiko untuk buta, pekak atau gegaran otak.

Pakar perubatan telah menyuarakan kebimbangan serius mengenai risiko kesihatan yang berkaitan dengan slap fighting.

Satu kajian oleh University of Pittsburgh School of Medicine menganalisis 333 tamparan dalam pertandingan slap fighting dan mendapati lebih daripada separuh peserta menunjukkan tanda-tanda gegaran otak.

Artikel Berkaitan:

Tanda-tanda itu termasuk koordinasi motor yang lemah, pandangan kosong dan kelewatan untuk bangun selepas ditampar.

Hampir 80 peratus peserta menunjukkan sekurang-kurangnya satu tanda gegaran sepanjang siri pertandingan tersebut.

Benarlah apa dikata, manusia makin gila apabila banyak lagi sukan yang boleh menyihatkan badan tetap mahu memilih ‘sukan’ yang boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!