Pemuda Pas Selangor kukuhkan jentera parti

Pemuda Pas Selangor mengadakan Pemukiman Separa Penggal bagi menilai dan memperkukuhkan gerak kerja semasa di Sijangkang semalam.
Pemuda Pas Selangor mengadakan Pemukiman Separa Penggal bagi menilai dan memperkukuhkan gerak kerja semasa di Sijangkang semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Pemuda Pas Selangor memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini diselubungi pelbagai isu dan masalah.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, kini pihaknya terus berusaha mengekalkan respon aktif terhadap isu-isu semasa yang berlaku bagi mengangkat suara anak muda.

"Pelbagai isu yang berlaku antaranya pemandu mabuk, bantahan ke atas Hutan Simpan di Kuala Langat dan terkini berhubung penularan gambar dakyah kristianisasi yang didakwa berlaku di Hospital Sungai Buloh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pemuda Pas Selangor kini sentiasa konsisten dengan memastikan pentadbiran dan gerak kerja yang cemerlang berdasarkan capaian indeks prestasi utama (KPI) yang telah dirancang pada awal 2019 lalu.

"Kini kami juga mengadakan Pemukiman Separa Penggal bagi menilai dan memperkukuhkan gerak kerja semasa di Sijangkang semalam.

"Program berlangsung selama dua hari iaitu 21 Februari sehingga 22 Februari melibatkan seluruh Exco Dewan Pemuda Pas Selangor bersama Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas kawasan bagi tujuan membincangkan hala tuju semasa dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: