Lagi kemalangan di Lebuhraya PLUS, bapa maut anak parah nahas tiga lori

Bapa maut manakala dua anaknya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer 230.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada awal pagi Rabu. Foto PDRM
Bapa maut manakala dua anaknya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer 230.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada awal pagi Rabu. Foto PDRM
A
A
A

REMBAU - Bapa maut manakala dua anaknya parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori di kilometer 230.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada awal pagi Rabu.

Kejadian jam 4.14 pagi itu berlaku di jarak dua kilometer dari kemalangan pertama yang menyebabkan kematian seorang mekanik dalam nahas lima kenderaan beberapa jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa yang maut merupakan pemandu lori, Zaidi Md Hashim, 51, manakala dua anak lelakinya yang berusia 16 dan 14 tahun parah di kepala.

Menurutnya, kejadian ini melibatkan tiga lori masing-masing membawa muatan makanan kek, muatan kelapa seberat tiga tan yang dinaiki tiga beranak berkenaan dan muatan polisterin.

"Siasatan awal mendapati kesemua lori itu dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang, apabila sampai di tempat kejadian lori muatan makanan kek bergerak perlahan di lorong kiri akibat kesesakan lalu lintas di hadapan.

"Tiba-tiba lori yang dipandu mangsa dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kejadian ini melibatkan tiga lori masing-masing membawa muatan makanan kek, muatan kelapa seberat tiga tan yang dinaiki tiga beranak berkenaan dan muatan polisterin.
Kejadian ini melibatkan tiga lori masing-masing membawa muatan makanan kek, muatan kelapa seberat tiga tan yang dinaiki tiga beranak berkenaan dan muatan polisterin.

Tambah beliau, selang beberapa minit kemudian, lori muatan polisterin yang berada di belakang kenderaan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran belakang dan menyebabkan lori mangsa tersepit di antara dua lori berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang tersepit disahkan maut di lokasi kemalangan, manakala dua anaknya telah dihantar ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, pemandu lori muatan makanan kek dan polisterin dengan tiga lagi individu lain yang berusia 34 hingga 50 tahun merupakan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

"Proses bedah siasat keatas mayat mangsa akan di lakukan pagi ini bagi mengetahui punca kematian. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!