Rumah jadi tempat lepas gian dadah diserbu

Sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang diserbu polis dalam operasi sepasukan polis JSJN Selangor kelmarin. (Gambar kecil:R Sundralingam)
Sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang diserbu polis dalam operasi sepasukan polis JSJN Selangor kelmarin. (Gambar kecil:R Sundralingam)
A
A
A

KLANG - Sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi di sini, yang dipercayai dijadikan sebagai tempat melepas gian menghisap dadah diserbu polis dalam operasi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, operasi kira-kira jam 4 petang itu berjaya memberkas tujuh lelaki tempatan bersama seorang wanita warga Indonesia berusia 18 hingga 44 tahun.

"Ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah.

"Siasatan juga mendapati dua daripada suspek lelaki terbabit disyaki adalah tokan. Polis telah merampas satu peket syabu seberat 13 gram," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek memperoleh bekalan daripada pengedar di Klang.

Katanya, malah rumah terbabit itu dijadikan sebagai 'port' sejak tiga hingga enam bulan lalu.

"Semakan lanjut juga mendapati majoriti suspek yang ditahan itu memiliki rekod lampau bersabit kes dadah," katanya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: