Covid-19: Lagi kes baharu dicatatkan di China

Jururawat menyediakan katil di wad terisolasi bangunan kompleks hospital yang digunakan untuk pencegahan penyakit berjangkit di Yinchuan, barat laut China. Foto: Xinhua
Jururawat menyediakan katil di wad terisolasi bangunan kompleks hospital yang digunakan untuk pencegahan penyakit berjangkit di Yinchuan, barat laut China. Foto: Xinhua
A
A
A

KUALA LUMPUR - China mencatatkan 397 lagi kes disahkan Covid-19 dengan 109 kematian semalam menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 2,345 orang.

Menerusi Facebook Kedutaan China di Malaysia hari ini, 106 kematian baharu dicatatkan di wilayah Hubei manakala masing-masing satu di Hebei, Shanghai dan Xinjiang Production and Construction Corps.

Seramai 2,393 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital, 26,441 orang lagi bebas daripada pemantauan perubatan.

"Sehingga semalam terdapat 53,284 kes disahkan, 11,477 kes kritikal, 20,659 dibenarkan keluar hospital, 2,345 orang meninggal dunia dan 5,365 kes disahkan," katanya.

Suruhanjaya Kesihatan Negara merekodkan sejumlah 76,288 kes disahkan, 618,915 yang berhubung rapat dengan pesakit telah dikenal pasti dan 113,564 orang diletakkan di bawah pemantauan perubatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: