Majlis Ulama UMNO ingatkan menteri bukan Islam hati-hati ulas berkaitan Islam

Majlis Ulama UMNO mengingatkan pimpinan kerajaan dalam kalangan menteri bukan Islam agar lebih berhati-hati ketika memberikan ulasan berkaitan dengan Islam.
Majlis Ulama UMNO mengingatkan pimpinan kerajaan dalam kalangan menteri bukan Islam agar lebih berhati-hati ketika memberikan ulasan berkaitan dengan Islam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan kerajaan dalam kalangan menteri bukan Islam diingatkan agar lebih berhati-hati ketika memberikan ulasan berkaitan Islam.

Majlis Ulama UMNO dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, peringatan itu diberikan supaya kenyataan yang dikeluarkan tidak memberikan persepsi negatif, sehingga ada pihak boleh ‘menunggang’ dan memprovokasinya sebagai ancaman terhadap Islam.

“Isu terakhir adalah melibatkan isu ‘sandwich ham and cheese’ yang menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu dan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, Perak.

“Kerajaan Perpaduan yang UMNO Barisan Nasional (BN) menjadi antara tonggaknya, telah berjaya memperkasakan lagi Islam sehingga mekar dan subur sebagai kesinambungan usaha kerajaan terdahulu khususnya UMNO serta BN dalam membangunkan Islam negara ini sejak merdeka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Majlis Ulama UMNO yang dikeluarkan pada Jumaat.
Kenyataan Majlis Ulama UMNO yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kontroversi ‘sandwich ham and cheese’ bermula apabila Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich yang diragui status halalnya.

Berikutan itu, Jakim mengesahkan bahawa ‘sanwich ham and cheese’ yang dijual di kedai serbaneka di UM tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Susulan isu tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah menyentuh isu kontroversi dan berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet serta terdapat ham ayam belanda atau ham ayam yang sesuai untuk dimakan.

Artikel Berkaitan:

Terkini, sebuah syarikat pembekal sandwich dan pengarahnya mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Jumaat, masing-masing atas tujuh pertuduhan menggunakan logo halal serta cap dagangan tanpa kelulusan pada 366 pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Majlis Ulama UMNO berpandangan, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk merupakan model terbaik bagi mewujudkan perpaduan kaum seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas kenyataan itu, semua parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan keharmonian dan sensitiviti semua kaum.

“Majlis Ulama akan terus berperanan menyuburkan Islam dalam negara dan mempertahankan asas utama Perlembagaan Persekutuan melibatkan Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu serta Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana prinsip yang dijunjung dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan,” menurut kenyataan itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!