Platform Nusuk menang besar dalam Anugerah Sidang Kemuncak Dunia 2024

PLATFORM digital Nusuk yang dilancarkan pada 2022 itu direka untuk mempermudah pelaksanaan ibadah haji dan umrah, menangani cabaran logistik serta meningkatkan kecekapan operasi. -Foto: THEISLAMICINFORMATION.COM
PLATFORM digital Nusuk yang dilancarkan pada 2022 itu direka untuk mempermudah pelaksanaan ibadah haji dan umrah, menangani cabaran logistik serta meningkatkan kecekapan operasi. -Foto: THEISLAMICINFORMATION.COM
A
A
A

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menjadi satu-satunya peserta dari negara itu yang memenangi Anugerah Sidang Kemuncak Dunia 2024 dalam kategori budaya dan warisan menerusi platform inovatifnya iaitu Nusuk.

Projek itu berjaya menewaskan lebih 900 penyertaan dari 160 buah negara.

Lapor portal berita Arab News, kemenangan itu mencerminkan usaha Kerajaan Arab Saudi dalam membangunkan penyelesaian teknologi inovatif untuk meningkatkan pengalaman jemaah haji dan umrah, di samping menonjolkan nilai budaya serta warisannya.

“Ia turut menekankan usaha Kementerian Haji dan Umrah untuk memacu transformasi digital secara menyeluruh selaras dengan matlamat Wawasan Arab Saudi 2030,” katanya baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi meluahkan rasa bangga atas pencapaiannya dan terus meningkatkan komitmennya untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang menjamin kelestarian sektor haji dan umrah.

“Ini termasuklah dalam memudahkan akses kepada perkhidmatan pintar dan menjamin kelancaran serta ketenangan dalam pelaksanaan ibadah,” katanya.

Platform yang dilancarkan pada 2022 itu berkembang pesat dengan pembangunan sistem inovatif seperti Kad Nusuk, Nusuk Masar dan sistem pengurusan orang ramai. -Foto: HTTPS://HAJJ.NUSUK.SA/
Platform yang dilancarkan pada 2022 itu berkembang pesat dengan pembangunan sistem inovatif seperti Kad Nusuk, Nusuk Masar dan sistem pengurusan orang ramai. -Foto: HTTPS://HAJJ.NUSUK.SA/

Nusuk ialah rangkaian penyelesaian teknologi canggih yang direka untuk mempermudah pelaksanaan ibadah haji dan umrah, menangani cabaran logistik serta meningkatkan kecekapan operasi.

Artikel Berkaitan:

Platform yang dilancarkan pada 2022 itu berkembang pesat dengan pembangunan sistem inovatif seperti Kad Nusuk, Nusuk Masar dan sistem pengurusan orang ramai.

Selain itu, aplikasi tersebut turut mempromosikan sirah Nabi Muhammad SAW, tempat-tempat kebudayaan di Makkah dan Madinah termasuk lebih 150 buah muzium, monumen, restoran, kafe serta destinasi pelancongan lain untuk dinikmati oleh pengguna.

Sehingga kini, lebih 400 pihak berlesen bergabung dengan platform itu yang menawarkan lawatan tersuai di seluruh kerajaan kepada jemaah haji.

Anugerah itu merupakan inisiatif utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disokong oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa yang mengiktiraf inisiatif digital memberi impak besar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!