Wujudkan sistem pemantauan, pelaporan kes rasuah - Gema

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohammad Amar Masuri)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohammad Amar Masuri)
A
A
A

SHAH ALAM - Empat langkah perlu diambil bagi membanteras kegiatan rasuah termasuk mewujudkan sistem pemantauan dan pelaporan sebagai platform untuk golongan belia melaporkan perbuatan tersebut dengan selamat.

Presiden Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema), Mohammad Amar Masuri berkata, cadangan lain melibatkan penganjuran kempen kesedaran dan latihan kepimpinan berintegriti dengan lebih meluas, mewujudkan persekitaran bebas rasuah serta mengamalkan tadbir urus bebas daripada sebarang unsur korupsi.

“Belia adalah harapan masa depan negara. Dengan membudayakan integriti dalam kepimpinan, kita mampu membentuk masyarakat yang lebih telus dan maju,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas pada Selasa didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah.

Rostam Shahrif Tami, 59, didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Ujar Mohammad Amar, kes tersebut memberi kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat dan ekonomi negara.

Menurutnya, pemimpin terlibat dengan aktiviti rasuah juga boleh mendorong kepada pembentukan budaya kerja tidak sihat dan menyebabkan kesan panjang merosakkan terhadap generasi akan datang.

“Selain itu, pelabur akan hilang keyakinan untuk melabur di negara yang dipenuhi dengan amalan rasuah.

“Kontrak diperoleh melalui sogokan sering menghasilkan projek tidak berkualiti sekaligus menyebabkan pembaziran wang rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Akhirnya, rakyat terbeban dengan infrastruktur tidak cekap dan kos sara hidup meningkat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!