JKDW perlu libatkan jabatan lain, banteras rasuah di sempadan negara

Laporan Sinar Harian berhubung penyeludupan vape
Laporan Sinar Harian berhubung penyeludupan vape
A
A
A

SHAH ALAM - Kolaborasi strategik melibatkan jabatan dalam kerajaan perlu dilakukan bagi membanteras gejala rasuah yang berlaku terutama di sempadan negara.

Susulan itu, Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berpendapat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu melibatkan beberapa jabatan lain dan sepatutnya sudah mewujudkan satu unit khas terdiri daripada pegawai integriti agar mereka dapat menjadi mata serta telinga pihak berkuasa.

“Usaha JKDW meneruskan operasi strategik dengan agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat mendatangkan hasil lumayan lebih-lebih tumpasnya sindiket seludup vape baru-baru ini.

“Justeru, jabatan lain juga diminta untuk bersama-sama JKDW agar dapat menjadi mata dan telinga untuk bersama-sama membanteras kegiatan haram,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan, JKDW dengan kerjasama SPRM berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok elektronik atau vape di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerjasama strategik itu membuktikan JKDW tekad dalam memastikan jabatan tersebut bebas daripada isu rasuah.

Tambah Nor Helmy lagi, kolaborasi yang dilakukan itu perlu diteruskan pada masa akan datang dengan turut melibatkan gandingan orang awam sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat penting.

“Keterlibatan orang awam ini dilihat sebagai satu alternatif yang membantu menjadi pemberi maklumat di kawasan berisiko terjadinya sogokan.

“Tiada perkara yang boleh dipandang sebelah mata ketika ini kerana sedikit kealpaan boleh menyebabkan jenayah rasuah berlaku sama ada secara sedar atau tidak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!