Lelaki dikhuatiri lemas jatuh dalam sungai

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam (Rabu) kembali disambung pada Khamis. FOTO: JBPM
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam (Rabu) kembali disambung pada Khamis. FOTO: JBPM
A
A
A

MACHANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Maka, Pulai Chondong di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 3.40 petang.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam (Rabu) kembali disambung pada hari ini (Khamis).

"Seramai 16 anggota yang terdiri daripada K9 (Unit Anjing Pengesan), PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) dan anggota balai serta dua unit bot digunakan untuk SAR," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, setakat ini mereka belum menjumpai sebarang petunjuk bagi mengesan kedudukan mangsa.

Ujarnya, bagaimanapun SAR tetap diteruskan sehingga lelaki terbabit ditemukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!