Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika uji bot

Anggota bomba menjalankan operasi SAR mangsa selepas menerima maklumat berhubung kejadian.
Anggota bomba menjalankan operasi SAR mangsa selepas menerima maklumat berhubung kejadian.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika melakukan ujian bot berhampiran Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin pada Sabtu.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 6.03 petang itu, rakan mangsa yang turut terjatuh bagaimanapun selamat.

PGO bomba telah mengaktifkan pasukan PPDA dari BBP Pekan ke lokasi bagi menjalankan operasi SAR mangsa yang terjatuh berhampiran Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin pada Sabtu.
PGO bomba telah mengaktifkan pasukan PPDA dari BBP Pekan ke lokasi bagi menjalankan operasi SAR mangsa yang terjatuh berhampiran Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Menurutnya, tindakan operasi pencarian sedang berjalan di kawasan tepi sungai.

Anggota bomba menjalankan operasi pencarian mangsa di kawasan tepi sungai berhampiran Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin pada Sabtu.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba telah mengaktifkan Pasukan Pencarian Di Air (PPDA) dari BBP Pekan ke lokasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!