Dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL memalukan - Gulam

Seorang ahli lembaga penasihat disiasat berkaitan isu pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka. -Gambar hiasan, gambar kecil: Gulam
Seorang ahli lembaga penasihat disiasat berkaitan isu pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka. -Gambar hiasan, gambar kecil: Gulam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta amat memalukan sekiranya benar.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar berkata, beliau bersetuju satu siasatan dalaman dapat dilakukan pihak berkuasa tempatan terbabit.

"Malah laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga patut dilakukan supaya intergriti dan imej DBKL terpelihara," ujarnya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Terdahulu, DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengesahkan perkara ini dan melaporkan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat mula tular di media sosial hari ini.

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Menurut dakwaan di media sosial, ahli lembaga penasihat tersebut dikatakan memegang jawatan dalam syarikat dianugerahkan projek berkenaan.

Dalam pada itu, Gulam yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, sejak 2012 sehingga kini, ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku melibatkan ahli lembaga penasihat.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang tempoh saya berada dalam kepimpinan utama politik UMNO Wilayah Persekutuan (WP) sejak 2012, jika tidak silap dan seingat saya ini adalah kali pertama seorang ahli lembaga penasihat DBKL terbabit kes salah laku.

"Amat memalukan jika ianya benar-benar berlaku," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!