Bekas Mufti Selangor, MB bertemu di rumah terbuka Tahun Baharu Cina

Amirudin (dua dari kanan) bersama Mohd Tamyes (kiri) ketika menghadiri rumah terbuka Suee Lim (kanan) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Amirudin (dua dari kanan) bersama Mohd Tamyes (kiri) ketika menghadiri rumah terbuka Suee Lim (kanan) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas menziarahi Suee Lim di kediamannya di sini sempena sambutan perayaan itu pada Rabu.

"Alhamdulillah, dapat bertemu dan berbual mesra dengan mantan Mufti Selangor, Dato Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid yang turut hadir mengunjungi rumah YB Dato Ng Suee Lim," kongsi Menteri Besar.

Menjadi kebiasaan Amirudin (empat dari kiri) dan Masdiana (lima dari kanan) menziarahi rakan-rakan kaum Tionghua sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Menjadi kebiasaan Amirudin (empat dari kiri) dan Masdiana (lima dari kanan) menziarahi rakan-rakan kaum Tionghua sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Besar berkata, sudah menjadi kebiasaan beliau dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad akan menyertai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dengan menziarahi rakan-rakan kaum Tionghua.

"Tahun ini lebih meriah, kami bersama anak-anak berkunjung ke rumah YB Dato' Ng Suee Lim.

"Menu wajib setiap tahun di rumah YB Dato Ng Suee Lim, tentunya hidangan sate dan sambal udang yang menjadi kegemaran rakan taulan.

"Inilah kemeriahan perpaduan berbilang kaum di Selangor," catat Menteri Besar di laman sosial rasminya itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!