Sambut Tahun Baharu Cina di rumah pusaka berusia lebih 200 tahun

Ahli keluarga John Sun menjadikan rumah pusaka berusia lebih 200 tahun sebagai lokasi berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Delima, Kulim, Wakaf Bharu, Tumpat.

A
A
A

TUMPAT - Sebuah keluarga menjadikan rumah pusaka berusia lebih 200 tahun sebagai lokasi berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Kampung Delima, Kulim, Wakaf Bharu, dekat sini.

Pemiliknya, Datuk Dr Ang John Sun berkata, selain mengimbau semula kenangan lama, ia bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baharu untuk merasai sendiri rumah asli warisan Cina Kelantan.

John Sun mengimbau semula kenangan lama di rumah warisan Cina Kelantan milik ahli keluarganya.
John Sun mengimbau semula kenangan lama di rumah warisan Cina Kelantan milik ahli keluarganya.

"Saya mahu ia menjadi kenangan manis dan generasi baharu dalam keluarga perlu mempertahankan perkara ini.

"Bila berada di sini, kami dapat mengimbau semula kenangan di zaman kanak-kanak, dewasa dan sehinggalah hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

John Sun menunjukkan rumahnya menggunakan sistem pasak dan dibina secara gotong-royong.
John Sun menunjukkan rumahnya menggunakan sistem pasak dan dibina secara gotong-royong.

Menurut John Sun, kebiasaan beliau akan membuat persediaan dua hari lebih awal untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Ujarnya, pada malam Tahun Baharu Cina mereka akan makan besar bersama-sama.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai generasi ketujuh keluarganya akan terus mempertahankan rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja naik taraf rumah tersebut sentiasa dilakukan bagi memastikan ia kekal terpelihara.

"Uniknya rumah ini, ia menggunakan sistem pasak dan dibina secara gotong-royong. Menariknya, tiang utama rumah ini diperbuat daripada kayu balak jenis cengal," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!