Pekerja kilang cedera tangan tersepit mesin

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. Foto: JBPM Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. Foto: JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang pekerja kilang warga Myanmar berdepan detik cemas apabila tangannya tersepit dalam mesin penghancur gula batu di Jelapang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 21 tahun diselamatkan anggota bomba dan dilaporkan cedera pada tangan kanan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.08 pagi.

Menurut beliau, anggota yang tiba di lokasi segera melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

"Pasukan bomba melakukan operasi dengan menggunakan peralatan khas hidraulik untuk merenggang komponen mesin bagi mengeluarkan tangan mangsa.

"Tangan mangsa kemudian berjaya dikeluarkan daripada mesin dan lelaki itu diberi rawatan awal oleh petugas perubatan,” katanya.

Sabarodzi berkata, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!