Karangkraf Reading Challenge 2025 pupuk komuniti membaca

Karangkraf Reading Challenge 2025 terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 13 tahun dan ke atas.
Karangkraf Reading Challenge 2025 terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 13 tahun dan ke atas.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi menggerakkan komuniti dan budaya membaca di negara ini, Grup Buku Karangkraf (GBK) buat julung kalinya mengadakan Karangkraf Reading Challenge 2025 yang berlangsung pada 10 Januari hingga 10 Disember ini.

Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan (R&D) GBK, Siti Nur Fatihah Abdull Rani berkata, ia bertujuan menggalakkan tabiat membaca secara berkala selaras dengan usaha meningkatkan kadar literasi dan membina masyarakat yang lebih berilmu.

Siti Nur Fatihah
Siti Nur Fatihah

"Karangkraf Reading Challenge 2025 ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 13 tahun dan ke atas.

"Pertandingan ini diadakan secara dalam talian menerusi Google Forms, Goodreads dan WhatsApp," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah Siti Nur Fatihah, syarat utama untuk menyertai cabaran ini ialah peserta perlu mempunyai akaun Goodreads dan mencipta rak buku 'Karangkraf RC 2025' pada profil masing-masing.

Ujarnya, hanya buku terbitan GBK dari tahun 2015 hingga 2025 yang diletakkan pada rak buku Maraton Buku Karangkraf 2025 akan dikira bagi markah penjurian.

"Peserta juga perlu mengemas kini bacaan sekurang-kurangnya setiap dua bulan. Pastikan rekod bacaan tidak melepasi tarikh tutup penyertaan. Peserta juga disyorkan menyertai enam cabaran mini yang disediakan.

"Sehingga kini seramai 352 peserta sudah berdaftar. Kami menyasarkan 1,000 peserta sepanjang setahun ini bagi menyahut seruan Karangkraf Reading Challenge 2025," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemenang akan diumumkan pada Disember ini merangkumi lima kategori iaitu johan, naib johan, tempat ketiga dan dua sagu hati.

Jelasnya, semua pemenang akan mendapat wang tunai bernilai RM500, RM300, RM200 dan RM100.

"Pemenang johan sehingga tempat ketiga turut menerima buku percuma setiap bulan sepanjang tahun 2026 berserta e-sijil," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!