Menang hadiah IKEA dengan pembelian RM80

Pengunjung di Jualan Gudang Karangkraf berpeluang untuk memenangi hadiah utama cabutan bertuah barangan berjenama IKEA dengan pembelian serendah RM80.
Pengunjung di Jualan Gudang Karangkraf berpeluang untuk memenangi hadiah utama cabutan bertuah barangan berjenama IKEA dengan pembelian serendah RM80.
A
A
A

PENGUNJUNG di Jualan Gudang Karangkraf berpeluang untuk memenangi hadiah utama cabutan bertuah barangan berjenama IKEA dengan pembelian serendah RM80.

Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, antara hadiah lain ialah rak buku berpusing 360 darjah, sebuah ketuhar, troli beroda atau wagon dan seterika wap mudah alih bagi setiap seorang pemenang.

“Seterusnya, dua orang pemenang berpeluang membawa pulang kipas tangan, beg bagasi bersaiz 20 inci dan baucar membeli belah bernilai RM100 di lebih 30 cawangan AEON seluruh negara.

“Kita akan pilih tiga pemenang utama untuk membawa pulang rak buku Billy IKEA dan hadiah keseluruhan adalah sebanyak 11,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Menurut Nurul Shahirah, selain cabutan bertuah, Jualan Gudang Karangkraf turut menawarkan hadiah percuma dengan setiap pembelian produk terpilih.

“Sekiranya pengunjung membeli novel Anding Ayangan III Hikayat 2, anda akan menerima peta Anding Ayangan bersaiz A3 secara percuma. Untuk Pembelian buku Ustazah Basikal Jilid 5 pula berpeluang mendapat poskad eksklusif Ustazah Basikal.

Tambah Nurul Shahirah, bagi pembelian tiga naskhah buku siri Kembara Adib, pengunjung menerima sejadah mini.

“Jika pengunjung membeli dua naskhah buku Saya Hebat! dan Saya Pandai!, mereka akan menerima satu set alat tulis.

“Oleh itu, jangan lepaskan peluang merebut hadiah hebat semasa Jualan Gudang yang berlangsung bermula 24 Januari sehingga 2 Februari ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang pengunjung, Rohani Ismail, 67, berkata, dia datang dari Jerantut, Pahang dan kini menetap di rumah anak di Shah Alam semata-mata untuk datang ke Jualan Gudang Karangkraf.

Rohani
Rohani

Suri rumah itu berkata, tujuan utamanya adalah untuk membeli al-Quran yang ditawarkan dengan harga promosi sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

"Sebelum ini, saya telah membeli al-Quran bersaiz besar, namun kali ini saya mencari yang lebih kecil agar lebih mudah digalas di dalam beg untuk ke kelas tadarus," katanya.

Aimi Khalidah Abdul Ghafar, 35, pula berkata, dia baru pertama kali berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf bersama keluarga.

Aimi Khalidah
Aimi Khalidah

"Memandangkan musim cuti sekolah, saya mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak membeli buku latihan dan aktiviti bagi mengisi masa lapang mereka.

"Apa yang membezakan Jualan Gudang Karangkraf dengan kedai buku biasa adalah harga lebih berpatutan serta pelbagai pilihan buku dapat membantu perkembangan pengetahuan kanak-kanak. Paling menggembirakan, anak-anak saya sangat teruja dengan pelbagai pilihan yang ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!