Tawaran diskaun faktor pelanggan setia kunjungi Jualan Gudang Karangkraf

Jualan Gudang Karangkraf 2025 mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung yang hadir pada Ahad
Jualan Gudang Karangkraf 2025 mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung yang hadir pada Ahad
A
A
A

SHAH ALAM - Tawaran promosi lebih banyak berbanding kedai buku lain merupakan antara faktor pelanggan setia berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf setiap tahun.

Pesara kerajaan, Wan Jamilah Wan Jaaffar, 70, berkata, dia dan suaminya tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke Jualan Gudang Karangkraf sejak awal penganjuran program tersebut iaitu pada 2015.

“Saya datang sini sejak program ini mula lagi. Kebiasaannya saya datang beli buku untuk budak-budak dan al-Quran.

Wan Jamilah (kiri) bersama suaminya ketika hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.
Wan Jamilah (kiri) bersama suaminya ketika hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

“Sebab saya nak beli banyak buku, jadi saya tunggu tawaran promosi di Jualan Gudang Karangkraf ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Jualan gudang menjadi program sulung Kumpulan Karangkraf bagi tahun 2025 dan kembali menemui penggemar buku bermula 24 Januari hingga 2 Februari depan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapat tawaran diskaun harga berpatutan malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan sepanjang program berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Koleksi al-Quran yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025
Koleksi al-Quran yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025

Jualan gudang berkenaan adalah acara tahunan sejak 2015 dan diadakan tiga kali setahun sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Wan Jamilah yang menetap di Kelana Jaya berkata, naskhah al-Quran juga boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding pasaran meskipun berkualiti tinggi.

“Setiap kali datang ke Jualan Gudang Karangkraf ini, pasti saya akan beli al-Quran.

Antara pelanggan yang datang ke Jualan Gudang Karangkraf 2025 pada Ahad
Antara pelanggan yang datang ke Jualan Gudang Karangkraf 2025 pada Ahad

“Kalau berbanding dengan kedai lain, harga al-Quran di sini jauh lebih murah. Kualiti pencetakan naskhah pun berbeza, jauh lebih baik,” ujarnya.

Menurutnya, penganjuran program tersebut perlu dilakukan setiap tahun dengan menawarkan lebih banyak penjualan buku dan bahan bacaan pada harga berpatutan.

“Jika acara seperti jualan gudang dilakukan lagi, saya pasti akan datang. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang dianjurkan sebelum ini pun, saya sertai juga,” menurutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!