Perangi budaya ekstremisme disebar pihak gelar diri ulama - Amanah

Ridzwan
Ridzwan
A
A
A

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa ahlinya supaya memerangi budaya ekstremisme yang disebarkan pihak menggelarkan diri sebagai ulama di negara ini.

Penolong Setiausahanya, Ridzwan Abu Bakar berkata, perbuatan itu perlu diperangi bagi mengelak lebih ramai yang terpengaruh dengan agenda bersifat politik kumpulan tertentu.

Malah katanya, melihat kepada perkembangan tersebut, parti perlu mengambil tanggungjawab untuk memberi contoh terbaik kepada masyarakat.

"Cabaran di hadapan kita bukan sekadar tentang penglibatan para sarjana ulama membawa doktrin pemikiran yang meletakkan ekstremisme tetapi sebenarnya mereka menggugat agama.

"Atas sebab itu kita harus membina tokoh untuk memberi contoh dalam masyarakat.

"Kita juga harus pasakkan semula bahawasanya keputusan yang kita buat 10 tahun lalu untuk keluar Pas dan membina budaya baharu adalah paling tepat," katanya ketika menggulung perbahasan Konvensyen Amanah 2024 di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad membidas cara parti lawan berpolitik yang didakwanya menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan tertentu.

"Apabila kamu buat fitnah, politik kamu tidak kisah ia (menjadi) dosa atau tidak. Ini dikata politik sekular," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!