Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM

Madelena Mohamed
Madelena Mohamed
A
A
A

BANK Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor, berkuat kuasa 1 Februari ini.

BNM dalam satu kenyataan berkata, Madelena akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu Strategi dan Kelestarian yang merangkumi Pejabat Gabenor, Jabatan Undang-undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.

“Beliau telah memulakan kerjaya di BNM pada tahun 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.

“Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden dan terbaharu di Unit Kelestarian,” katanya pada Isnin.

Menurut BNM, beliau merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA) selain turut memilik ijazah dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!