Malaysia jadi tumpuan pelancongan perubatan, dorong isu klinik palsu

Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan perasmian pada Program Sua Mesra KDN di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan pada Sabtu. Foto Bernama
Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan perasmian pada Program Sua Mesra KDN di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KULIM - Kedudukan negara sebagai antara destinasi pilihan pelancongan perubatan, telah mendorong kegiatan seperti perkhidmatan klinik dan perakuan sijil doktor palsu berlaku, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sektor perubatan negara kita mendapat perhatian sangat baik daripada negara jiran terutama Indonesia, yang sering memilih fasiliti kesihatan di Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

"Oleh kerana permintaan yang tinggi maka timbullah gejala klinik palsu, sijil perakuan doktor palsu...Tapi sistem kita tak sewenangnya dapat diatasi dan sebab itulah kita dapat kesan (kegiatan pemalsuan ini).

"Jabatan Imigresen bertanggungjawab mengeluarkan visa perubatan, tetapi terdapat isu penyalahgunaan seperti sijil perubatan palsu dan klinik tidak sah. Imigresen akan terus uruskan dengan cermat sebelum sesuatu visa dikeluarkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan dekat sini pada Sabtu.

Pada Jumaat media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menahan 10 lelaki warga Bangladesh dalam serbuan ke atas klinik doktor warga asing di sembilan lokasi sekitar ibu negara.

Sementara itu mengenai permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung kerakyatan empat pemain warisan, Saifuddin Nasution berkata, keputusannya akan diketahui seawal satu bulan.

Beliau berkata, proses semakan akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi menentukan kategori permohonan, sama ada mempunyai pertalian darah dengan rakyat Malaysia atau tidak.

Terdahulu, FAM pada Sabtu menjelaskan bahawa empat pemain warisan baharu yang bakal memperkuat Harimau Malaya, sedang menunggu kelulusan muktamad daripada pihak kerajaan.

Artikel Berkaitan:

FAM turut mengesahkan bahawa mereka juga dalam proses bagi melengkapkan pendokumentasian bagi empat pemain lain. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!