Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam ladang sawit

Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Batu 17 Jalan Kluang-Kahang semalam -Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Batu 17 Jalan Kluang-Kahang semalam -Gambar hiasan
A
A
A

KLUANG - Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Batu 17 Jalan Kluang-Kahang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat berkenaan ditemukan seorang pekerja ladang warga asing pada jam 6.45 petang sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Bahrin Mohd Noh
Bahrin Mohd Noh

"Mayat ditemui di Blok 19B, Ladang Sayong Plantation Sdn Bhd di Kahang bersama motosikal berwarna hitam ketika warga asing berkenaan sedang memotong buah kelapa sawit di ladang berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran motosikal yang bersabit dengan laporan bertarikh 15 Januari lalu.

"Pemeriksaan di kawasan sekitar telah menemui barang-barang peribadi serta pakaian dipercayai milik si mati," katanya dalam satu kenyataan.

Bahrin berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini, untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar lelaki berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu boleh menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!